Sunday, January 3, 2010

Beckford oh Beckford


Oii defend, kan pundit dah bagitau pegi jaga mamat Beckford tu elok2... ni dia main konda kondi dpn gol.. tak pasal2 dia dah 20 gol musim ni..

dahla konon nak tgk kat kedai makan.. rupanya kedai nasi ayam tu ada tv tapi takde letrik plug... aku struggle pulang ke manchester utk menambah penyokong di old trafford.. akhirnya aku tgk 20 minit terakhir je game ni ,mmg bikin panas sepanas kedai yg takde kipas tu...

fergie pun satu.. kan dah elok2 team yg skor 5 gol aritu, bole lak dia rehatkan ramai2, konon nak lawan anak2 mancini.. kan dah tertelan chewing gum tu..

bak SMS sorang sahabat aku dari tg malim, ringkas dan tepat, "midfield barai".. aku jarang setuju dgn dia.. tapi utk kes ni, mmg aku setuju.. tgk line-up pun dah kecut perut.. sbb rasa nak kalah.. welbeck dan obertan main wide??? satu obertan tu tak penah lagi tunjuk belang, gibson dan ando tengah? haha, cukup lawak team ni..

rooney sampai masuk kotak penalti sendiri utk dapatkan bola, takkan kusczhak lak nak gi ke gawang lawan..

senang ckp fergie silap percaturan.. line-up sume takde mentaliti yg kuat utk wake-up bila dah ketinggalan.. ramai yg takde experience to that kind of situasi..

aku mmg sokong manutd.. tapi utk gagal ke 4th round fa cup, mmg bikin panas..

takpe, mari kita berjumpa jiran rabu ni, dan kasi manager dia tepuk dahi lak.. kita uji btol2 keupayaan nya..

last thing to say, "tonite we lose to another united, let's hope we don't lose to another manchester on wednesday"

ps: aku tunggu replay reading.. nak kambing hitam kan rafa.. hehe

Bual Bicara Saingan Pusingan ke-3 Piala FA


Sebagai menghormati pertandingan piala tertua di dunia ini, Man Utd perlu meletakkan kesebelasan utama yang paling kuat utk menentang Leeds. Dgn Leeds penuh impian utk kembali ke persada Liga Perdana. Mereka di puncak Divisen 1 dan jauh meninggalkan tempat ke-2 dgn 8 mata dan 'one game in hand'. Hebat!

Semestinya Kuszchak akan menjaga gawang, ditemani Brown dan Vida di pertahanan tengah. Raphael yg baru menjaringkan gol di perlawanan lalu di bahagian kanan. Evra seperti tiada tentangan di bahagian kiri.

Jentera penggerak akan diketuai oleh Fletcher dan Carrick. Setakat ini tiada lagi pemain tengah lain yg mampu menggantikan mereka. Mereka akan diapit oleh Antonio dan Park.

Sementara itu, penyudah akan dilakukan oleh Rooney dan Berba.

Line-up ini dijangkakan mampu menjaga kubu di stadium sendiri selepas baru kalah dek Villa baru-baru ini.

Giggs, Gary, Ando tidak disenaraikan, mungkin kerana mereka akan mewakili pihak pemain senior utk menghadapi City di semi final Carling. Fergie pun cakap nak turunkan pemain muda.

Pemain Leeds yg perlu
diambil berat ialah Jermaine Beckford. Dia dah skor 19 gol musim ini. Drogba pun tergugat beb.

Prediction: 3-0 (Rooney 1, Carric
k 1, Valencia 1)

Sekian, majulah Man Utd utk 4 piala!

Friday, January 1, 2010

Dalam pencarian 2 piala



Utk 7 hari pertama di tahun 2010 ni, harapan ialah utk dpt kemenangan tulen. Serangan Leeds dan Man City perlu diatasi. Leeds, nama yg hebat pada tahun2 terdahulu pasti ingin mengecap kejayaan di Theater of Dreams. Khas kepada ex-roomate aku yg dulunya kipas susah mati Leeds, pasti dia ingin lihat Man Utd gugur di medan sendiri sebab skang dia pun dah sokong pasukan rumah Biru berlogokan singa tu.

Tapi yg lebih getir adalah saingan separuh akhir piala Carling menentang City. Dgn semangat juang baru di bwh kendalian Mancini, battle of Manchester akan menjadi lebih hangat. Dendam kalah 4-3 pada minit ke-96 dan Tevez di'boo' akan meledak bagaikan mencurah minyak ke arang membara.

Minggu ini mmg takde kena mengena dgn saingan Liga Perdana. Tapi sebagai peminat setia, pastinya aku nak tgk kelab aku sampai ke semua final, Wembley ke, Madrid ke, whatever...

Review dan line-up hanya akan ditulis oleh tukang tilik sehari sebelum perlawanan.

Sekian, Gugu Gaga Man Utd!!!

Gugu Gaga Man Utd dan Tahun Baru Masihi

Kena beli cabinet baru utk piala musim ni, dah tak muat la...


Lama gila aku tak menulis kat sini. Dah dekat 2 bulan la dah. Lps kalah dgn Chelsea aritu, trus kehilangan idea utk sambung menulis. Maka dgn tahun baru ni, semua orang nak berazam baru. Aku pikir2 selama 2jam di hari pertama 2010 ni, aku nak ckp yg azam aku tahun ni nak tulis lebih byk.

Recap sket kejayaan dan kekalahan kelab tercinta aku di musim perayaan krismas ni. Walaupun kalah dengan Villa dan Fulham, tapi aku rasa ketinggalan 2 mata tu taklah merisaukan sgt. Lagipun pertahanan kental ramai yg dah kembali. Cukup lah Fletch ngan Carrick main bawah. Kusczak pun bagus dari Foster kan.

Chelsea mungkin sedikit gelabah bulan Januari ni sebab bintang2 dia ramai balik kampung halaman, Arsenal pun ada gak. Maka time ni paling sesuai utk main minda dan memastikan manutd dpt mata penuh.

Harapan aku ialah saingan EPL akan menjadi lebih sengit pada separuh masa kedua EPL ni, and may the best club win! Hopefully it will be the same winner for the past 3 years. GGMU! Gugu Gaga Man Utd!!!

Sunday, November 8, 2009

Emotions run high



No matter what happens in this 2hours, just hope it will be the best for us. Just held your chin up high. Even Sir Alex said this is just the beginning. Let's make it a beautiful beginning. Hope Devils can walk proudly out from the Bridge!

GLORY GLORY MAN UTD!!!

Friday, November 6, 2009

Phakdee Eleven



Sebagai starting, ni bukan macam 7-eleven atau Ocean Eleven. Tapi ni ialah kesebelasan utama yg aku rasa patut Fergie letak kat the Bridge malam lusa. Mari kita mulakan dari bawah ke atas.

Keeper:
Yang ni tak payah nak bincang la kan, konpem VDS.

Pertahanan:
Kat tengah, baik letak Vidic dan Evans. Si Vidic dah start training semula, so sepatutnya ok. Jgn ko gi takik Drogba dlm penalti box sudah.. Dahla Drog tu tgh mengancam skang ni. Evans patut ganti si Mat Filem tu. Fergie saje je la cakap calf dia tak elok2 lg. Tapi aku rasa mmg Fergie takmo dia main kot. Haha, padan muka! Kanan kiri akan diapit oleh OShea dan Evra. Neville jgn harap ko dpt main. Tak larat ko nak kejar Malouda atau pun Jokol tu. Tak pasal2 half time kena tukar seluar sebab terkincit.

Tengah:
Seperti biasa aku inginkan seorang yg laju dan sorang cool utk mengemudi center midfield. Fletcher 'si rempit' dan Giggs 'si legend' patut beraksi. Scholes dah main dgn CSKA aritu, so perlu recover dulu kot. Ando masih muda utk game ni. Park injured lagi. Gandingan ni la yg demolish pasukan biru ini di Old Trafford musim lepas dgn jaringan 3 gol berbalas TIADA! Pengapit pula tiada lain Nani dan Valencia. Overlap mereka masih mengancam, dgn harapan Ashley Cole yg akan terkincit.

Hadapan:
Part ni agak susah utk dijangka. Berba tgh on form, Rooney bersemangat selepas menjadi bapa, Owen semakin menjumpai sentuhan semula. Tapi mengikut game2 sebelum ni, pastinya Berba dan Rooney yg akan start. Lagipon Fergie dah cakap awal2 musim yg Owen akan digunakan sepenuhnya bila tiba masa peak, di bulan December (Boxing Day) dan bulan Mac hingga Mei (masa tu tgh kejar EPL, FA Cup dan UCL serentak). Jgn risau Owen, ko tetap akan main di min ke-70.

Secara statistiknya, Merah belum mengatasi Biru di sarang mereka sejak 2002, 7 tahun lamanya. Ni bukan title decider, tapi cukup utk send message to others utk mengatakan hanya ada satu merah dan satu biru sahaja yg betul2 mampu menjulang EPL pada Mei 2010 nanti.

Nota kaki: rumah Merah 2 - rumah Biru 1

Sunday, November 1, 2009

Win Lose or Draw

Mata aku tetap depan TV sampai pukul 3.30 pagi smlm, melayan ESPN yg tunjuk game ManUtd dgn Blackburn. Puas hati aku tgk Berbatov dan Rooney skor semula. Dan yang lagi best, Fergie ubah hampir semua midfield dan defend.

Walaupon first half nampak mcm tak dpt nak penetrate Blackburn, tapi Berba mmg nampak mengancam sket berbanding game sebelum ni. Dgn adanya Carrick dan Ando, bahagian tengah nampak lebih laju dan teratur ditambah diapit oleh Nani dan Valencia.

Defence solid gak walaupon Brown dan Evans yang main. Baik dieorang drpd Rio kot. Papepun aku rasa result game ni good build up utk next UCL dan clash dgn Chelsea minggu depan.

Rooney lebih konpiden, Owen semakin mengancam, Berba on form. Obertan? Nanti dulu kot.. Cuma Fergie kena cari lagi ramuan sepatutnya di bahagian tengah lagi. Kasik mantap betul2.

ps: Nasib baik ManUtd bagi 3 points kat Liv minggu lepas. Kalau tak, 7 games kalah berturut2.