Sunday, January 3, 2010

Bual Bicara Saingan Pusingan ke-3 Piala FA


Sebagai menghormati pertandingan piala tertua di dunia ini, Man Utd perlu meletakkan kesebelasan utama yang paling kuat utk menentang Leeds. Dgn Leeds penuh impian utk kembali ke persada Liga Perdana. Mereka di puncak Divisen 1 dan jauh meninggalkan tempat ke-2 dgn 8 mata dan 'one game in hand'. Hebat!

Semestinya Kuszchak akan menjaga gawang, ditemani Brown dan Vida di pertahanan tengah. Raphael yg baru menjaringkan gol di perlawanan lalu di bahagian kanan. Evra seperti tiada tentangan di bahagian kiri.

Jentera penggerak akan diketuai oleh Fletcher dan Carrick. Setakat ini tiada lagi pemain tengah lain yg mampu menggantikan mereka. Mereka akan diapit oleh Antonio dan Park.

Sementara itu, penyudah akan dilakukan oleh Rooney dan Berba.

Line-up ini dijangkakan mampu menjaga kubu di stadium sendiri selepas baru kalah dek Villa baru-baru ini.

Giggs, Gary, Ando tidak disenaraikan, mungkin kerana mereka akan mewakili pihak pemain senior utk menghadapi City di semi final Carling. Fergie pun cakap nak turunkan pemain muda.

Pemain Leeds yg perlu
diambil berat ialah Jermaine Beckford. Dia dah skor 19 gol musim ini. Drogba pun tergugat beb.

Prediction: 3-0 (Rooney 1, Carric
k 1, Valencia 1)

Sekian, majulah Man Utd utk 4 piala!

No comments:

Post a Comment