Saturday, January 9, 2010

Beku


Semua game dah kena pospon disebabkan cuaca. Game Chelsea pun dah pospon. Ini peluang terbaik utk berada di takhta liga utk sementara waktu. Tapi utk itu, perlu menang game malam ni di Birm!

Tak byk yg perlu dibincangkan. Hanya menang. 3 mata.

Fergie kena letak player yg betul2 ada pengalaman utk game ni. Silap dia letak midfield muda dlm FA Cup. Konon sebab player lain nak rest utk game semi Carling. tup tup, game pospon. Sia2 aje rest player.

Mungkin Fergie kena jumpa bomoh cuaca kat Jln Gombak utk game2 lps ni.

Wednesday, January 6, 2010

Khas utk sahabatku, Aswad b Abd Hamid


Ramai fan ManUtd bersedih tatkala mereka kalah 2 hari lepas. Aku malam tu pun susah nak tido. Bini aku tak tegur aku lebih sejam, biar aku layan perasaan. Member2 yg slalu ber'sms' kejang jari tangan utk berbalas2. Hidup rasa kosong. TV mcm satu objek yg perlu dibuang keluar balkoni. Rasa nak maki astro sebab bayar sport pakej mahal2 tapi team sendiri kalah, Leeds pulak tu. Facebook jgn ckp, pedih aje bila baca komen2 pihak lawan.

Tapi sebenarnya, aku patut rasa bersalah sbb kehilangan satu cup itu cuma biasa aje. Aku dlm blog ni nak tulis khas utk sahabat aku yg dah kenal hampir 10tahun, dia kehilangan isteri tercinta buat selamanya. Aku nak ucapkan takziah kepadamu. Moga pemergian isterimu yg tercinta dicucuri rahmat. Harap ko akan tabah menghadapinya bersama anak tersayang.

Aku seperti buntu taktau nak buat apa. Harapan aku, ko bersabar banyak2.

Takziah dariku dan kawan2 yg lain.

al-Fatihah...

Sunday, January 3, 2010

Beckford oh Beckford


Oii defend, kan pundit dah bagitau pegi jaga mamat Beckford tu elok2... ni dia main konda kondi dpn gol.. tak pasal2 dia dah 20 gol musim ni..

dahla konon nak tgk kat kedai makan.. rupanya kedai nasi ayam tu ada tv tapi takde letrik plug... aku struggle pulang ke manchester utk menambah penyokong di old trafford.. akhirnya aku tgk 20 minit terakhir je game ni ,mmg bikin panas sepanas kedai yg takde kipas tu...

fergie pun satu.. kan dah elok2 team yg skor 5 gol aritu, bole lak dia rehatkan ramai2, konon nak lawan anak2 mancini.. kan dah tertelan chewing gum tu..

bak SMS sorang sahabat aku dari tg malim, ringkas dan tepat, "midfield barai".. aku jarang setuju dgn dia.. tapi utk kes ni, mmg aku setuju.. tgk line-up pun dah kecut perut.. sbb rasa nak kalah.. welbeck dan obertan main wide??? satu obertan tu tak penah lagi tunjuk belang, gibson dan ando tengah? haha, cukup lawak team ni..

rooney sampai masuk kotak penalti sendiri utk dapatkan bola, takkan kusczhak lak nak gi ke gawang lawan..

senang ckp fergie silap percaturan.. line-up sume takde mentaliti yg kuat utk wake-up bila dah ketinggalan.. ramai yg takde experience to that kind of situasi..

aku mmg sokong manutd.. tapi utk gagal ke 4th round fa cup, mmg bikin panas..

takpe, mari kita berjumpa jiran rabu ni, dan kasi manager dia tepuk dahi lak.. kita uji btol2 keupayaan nya..

last thing to say, "tonite we lose to another united, let's hope we don't lose to another manchester on wednesday"

ps: aku tunggu replay reading.. nak kambing hitam kan rafa.. hehe

Bual Bicara Saingan Pusingan ke-3 Piala FA


Sebagai menghormati pertandingan piala tertua di dunia ini, Man Utd perlu meletakkan kesebelasan utama yang paling kuat utk menentang Leeds. Dgn Leeds penuh impian utk kembali ke persada Liga Perdana. Mereka di puncak Divisen 1 dan jauh meninggalkan tempat ke-2 dgn 8 mata dan 'one game in hand'. Hebat!

Semestinya Kuszchak akan menjaga gawang, ditemani Brown dan Vida di pertahanan tengah. Raphael yg baru menjaringkan gol di perlawanan lalu di bahagian kanan. Evra seperti tiada tentangan di bahagian kiri.

Jentera penggerak akan diketuai oleh Fletcher dan Carrick. Setakat ini tiada lagi pemain tengah lain yg mampu menggantikan mereka. Mereka akan diapit oleh Antonio dan Park.

Sementara itu, penyudah akan dilakukan oleh Rooney dan Berba.

Line-up ini dijangkakan mampu menjaga kubu di stadium sendiri selepas baru kalah dek Villa baru-baru ini.

Giggs, Gary, Ando tidak disenaraikan, mungkin kerana mereka akan mewakili pihak pemain senior utk menghadapi City di semi final Carling. Fergie pun cakap nak turunkan pemain muda.

Pemain Leeds yg perlu
diambil berat ialah Jermaine Beckford. Dia dah skor 19 gol musim ini. Drogba pun tergugat beb.

Prediction: 3-0 (Rooney 1, Carric
k 1, Valencia 1)

Sekian, majulah Man Utd utk 4 piala!

Friday, January 1, 2010

Dalam pencarian 2 piala



Utk 7 hari pertama di tahun 2010 ni, harapan ialah utk dpt kemenangan tulen. Serangan Leeds dan Man City perlu diatasi. Leeds, nama yg hebat pada tahun2 terdahulu pasti ingin mengecap kejayaan di Theater of Dreams. Khas kepada ex-roomate aku yg dulunya kipas susah mati Leeds, pasti dia ingin lihat Man Utd gugur di medan sendiri sebab skang dia pun dah sokong pasukan rumah Biru berlogokan singa tu.

Tapi yg lebih getir adalah saingan separuh akhir piala Carling menentang City. Dgn semangat juang baru di bwh kendalian Mancini, battle of Manchester akan menjadi lebih hangat. Dendam kalah 4-3 pada minit ke-96 dan Tevez di'boo' akan meledak bagaikan mencurah minyak ke arang membara.

Minggu ini mmg takde kena mengena dgn saingan Liga Perdana. Tapi sebagai peminat setia, pastinya aku nak tgk kelab aku sampai ke semua final, Wembley ke, Madrid ke, whatever...

Review dan line-up hanya akan ditulis oleh tukang tilik sehari sebelum perlawanan.

Sekian, Gugu Gaga Man Utd!!!

Gugu Gaga Man Utd dan Tahun Baru Masihi

Kena beli cabinet baru utk piala musim ni, dah tak muat la...


Lama gila aku tak menulis kat sini. Dah dekat 2 bulan la dah. Lps kalah dgn Chelsea aritu, trus kehilangan idea utk sambung menulis. Maka dgn tahun baru ni, semua orang nak berazam baru. Aku pikir2 selama 2jam di hari pertama 2010 ni, aku nak ckp yg azam aku tahun ni nak tulis lebih byk.

Recap sket kejayaan dan kekalahan kelab tercinta aku di musim perayaan krismas ni. Walaupun kalah dengan Villa dan Fulham, tapi aku rasa ketinggalan 2 mata tu taklah merisaukan sgt. Lagipun pertahanan kental ramai yg dah kembali. Cukup lah Fletch ngan Carrick main bawah. Kusczak pun bagus dari Foster kan.

Chelsea mungkin sedikit gelabah bulan Januari ni sebab bintang2 dia ramai balik kampung halaman, Arsenal pun ada gak. Maka time ni paling sesuai utk main minda dan memastikan manutd dpt mata penuh.

Harapan aku ialah saingan EPL akan menjadi lebih sengit pada separuh masa kedua EPL ni, and may the best club win! Hopefully it will be the same winner for the past 3 years. GGMU! Gugu Gaga Man Utd!!!

Sunday, November 8, 2009

Emotions run high



No matter what happens in this 2hours, just hope it will be the best for us. Just held your chin up high. Even Sir Alex said this is just the beginning. Let's make it a beautiful beginning. Hope Devils can walk proudly out from the Bridge!

GLORY GLORY MAN UTD!!!