Sunday, February 7, 2010

High 5

United mengganas lagi. 5 gol tanpa berbalas. Pasukan nampak penuh berkeyakinan tinggi dlm tempoh 2 minggu ini. Dgn 3 jaringan minggu lps ke atas Arsenal, minggu ini jumlah menjadi 8 gol, bolos 1 gol. HEBAT!

Permainan lebih teratur di bahagian tengah yg dikemudi oleh Carrick dan Fletcher. Mereka berjaya mengawal posessi bola dan serangan dapat dicipta melalui Nani yg sedang hit form dan Valencia yg mmg diakui kelajuan di bahagian sayap kanan.

Seperti Fergie komen minggu lps, perbezaan United dan team lawan adalah United mempunyai Rooney. Dan mmg btol. Setelah hampir ke rehat separuh masa pertama, dia muncul lagi memecah deadlock. Tandukan hasil umpanan dari Fletcher mmg James takleh buat pape. Hantaran itu adalah pertama dari Fletcher. Sebelum tu, Neville je dok cross semasa corner, sume tak menjadi. Mmg Neville 'the middle finger' patut bersara ujung musim ini.

Yeay, aku skor lagi. Dah sama dgn musim lepas, 23 gol!

Dah 1 gol, ingat nak slow down. Tapi Rooney jelas ada idea lain. Dia sempat memberi bola kepada Nani di ujung kiri padang semasa counter attack. Selepas ketiadaan Ronaldo, Nani lebih konpiden utk menggelecek pihak lawan. Minggu lps dah membuat pihak lawan skor own gol. Kali ini berlaku lagi. Haha! Tahniah Nani kerana berjaya membuat Fergie tak jadi jual anda di transfer window Januari lps.

Haha, aku tak kena jual. So aku kena main baik2. Thanks Fergie!

Separuh masa kedua lebih kepada persoalan berapa byk lagi United akan sumbat. Dan jawapannya adalah lagi 3 gol. Carrick dgn deflected gol, Berba yg tetiba on form utk seminit dan skor. Yg terakhir own gol hasil Wilson yg mmg cantik kalau dia mmg striker.

Analisis mengatakan United mmg on form bila kembali ke gagang, iaitu kembali ke puncak liga. Chelsea akan kalut dgn stress ini tambahan kapten mereka sibuk dgn masalah keluarga. Rooney tgh high, team tgh high, defence dept kembali gagah, tiada apa yg perlu dirisaukan buat masa ini.

AC Milan, antara biggest fixture for this season, kami tunggu anda!

Thursday, January 28, 2010

WEMBLEY !

malas ckp byk. mata dah start ngantuk.

WEMBLEY HERE I COME!

Tuesday, January 26, 2010

Shearer: United nothing without Rooney



Aku dah lama tak menulis di sini. Mungkin sbb tak sempat. Masa byk diluangkan bersama keluarga, maklumlah wiken. Nak tulis macam2, Diouf, 4gol Rooney, etc. Tapi bila Shearer bersuara, aku lak nak bersuara.

Shearer ckp, "United nothing without Rooney". Apa barang? Perlu ke dia bersuara utk hal2 dalaman United?

Mmg Rooney seolah2 hero dlm team. Tapi as usual, every season there will be the hero. And this season it's Rooney I supposed. Perkara yg sama musim lepas, "United nothing without Ronaldo". Dia yg bawak United ke takhta liga kali ke-3 berturut2, ke final UCL di Rome, etc. Musim 07/08 pulak "United nothing without Ferdinand". Dgn sasa dia berkubu di pertahanan sehingga menang liga dan UCL!

So apa nak heran bila Rooney step up for this season. Ledakan 4gol wiken aritu mmg buat semua orang membeliakkan mata kat dia. Long way to go but we'll see.

Aku admit season ni kurang umph dlm team United. Takde sape nak naikkan semangat bila ketinggalan 0-1, takde orang boleh buat opponenet cuak bila dia pegang bola, takde player yg boleh turn things upside down, karisma hilang, aura bertaburan. Harapan ialah Rooney boleh memberi semua itu at least utk season ni. Mari menang Carling Cup, liga kali ke-4 (rekod baru) dan UCL utk kali ke-4 dlm sejarah United!


Glory Glory Man United!!!

Wednesday, January 20, 2010

Tevez ohh Tevez...

Akhirnya Tevez buat perkara yang paling United fan tak suka. Scoring goals against them! 2 bijik lak tuh. perghh..

Nampaknya sekali lagi Manutd main 40 minit pertama dan 10 minit terakhir. Lagi 40 minit, mcm training je. Taktau macam mana kreativiti hilang di tgh jln. Pada mulanya semua nampak ok. Rooney tak mengancam sgt, Giggs lps skor hilang punca gak.

Fergie buat gamble dgn 3 defend di masa kecederaan dgn meletakkan 3 striker di atas. Diouf tak dpt make remark, Owen rasa dia nak buat mcm last game.

Aku dah ngantuk, pegi tido kejap.

Masuk ofis kang, tahan je la telinga mendengar suara2 Liverpool fan yg tetiba sokong Man City. Hanya perlu diam dan ckp dlm hati, "Jeles la tuh"

Nota kaki: ptg kang aku emel Mancini, pendek je tulis. "wait 29 Jan bro..."

Tuesday, January 19, 2010

Rooney vs Tevez ?


Pagi esok bakal menentukan Mancini masih boleh mendabik dada sambil berkata, "Akulah wira baru Manchester" atau Fergie masih memegang "manager-of-all-time". Walaupon masing2 ckp mereka lebih tumpukan Liga Perdana, tapi siapa yg kalah pasti terasa bahangnya.

Dgn pertemuan pertama awal musim ini penuh sengit, game mlm ni pasti menjanjikan perasaan seumpamanya. Tgk la cara Manutd celebrate kemenangan aritu. Mancity berjaya membuka mata mereka. Who will be the future giant in Manchester?

Rooney semakin tajam dgn 15 gol utk 24 penampilan musim ini akan menjadi taruhan Fergie. Tapi seperti biasa, Gaffer tu kena pandai pilih midfield yg kena in form malam ni. Target aku, Valencia, Giggs, Fletcher dan Anderson. Jentera ini bakal meloloskan diri di celah2 pasukan City. Siapa bergandingan bersama Rooney tidak akan memberi signifikan kepada gaya serangan Manutd. Dengan kembalinya VDS di gawang, semua player termasuk fan bertambah lega. Mindset: 14 straight running games not conceeding? one down, 13 to go.

Tevez. Ini lah masalah sebenar utk handle City. Skang dia dah ckp dia akan celebrate kalau dia skor. Dia pun dah skor sama byk dgn Rooney utk musim ini. BAHAYA!! Kalau Evans dan Brown boleh handle dia, 2nd leg di OT pasti lebih mudah. Rugi sebenarnya Fergie pegi jual dia. Dia skor 34 gol dlm 73 penampilan penuh dia bersama United. Gol2 dia kebanyakan winning gols. Jangan dia buat winning gol against United sudah...

Lps game nanti, aku akan dapatkan pandangan pundit2 sedia ada. Harapannya, mereka tgk juga game ni. Walaupon kena bgn kol4 pagi menghadap tv.

Prediction: 3-1

Nota kaki: kalau kalah game ni, mesti Fergie kesian kat Mancini. Nanti tak pasal2 kena sack seblum musim ini berakhir. Trust me!

Sunday, January 17, 2010

New Assasin ?

Diouf? Sape tu? Mamat gelap dari mana Fergie baru beli? Jersi no 32? Budak ni nak ganti Tevez ke? Dia dari kelab Solksjaer main dulu ke?

Semua soalan itu mesti berlegar di kepala semua orang especially manutd fan. Walaupon dia mmg dari kelab Solksjaer main dulu, golskoring rekod 23 gol dlm 53 games, skor in OT debut, tapi harapan bole diletakkan atas budak ni. Bila aku cucuk pundit2 kawasan jajahan lain semua ada persepsi berbeza.

*Pundit Tg Malim ckp "Budak baru nak lap hingus. Jensen kasik can kat dia".

*Pundit Lipis lak cakap "still long way to go".

*Pundit Mantin lak "budak ni umur bape tahun? dah bole bertatih ke?".

*Pundit Cheras says "The last time United signed a relatively unknown centre-forward from Norwegian side Molde FK, it turned out to be an extremely shrewd piece of business. Is it possible Sir Alex has struck gold yet again in Mame Biram Diouf?"

Wow! Result 3-0 nampak macam manutd menang selesa. Tapi sebenarnya tak. Mmg possession tinggi, tapi penghujung mmg tak lancar. Tengah takde kreativiti. Carrick dan Scholes mcm hilang punca. En Nani yang bakal melambai pergi di hujung Januari ini pun struggle nak tunjuk dia masih tajam di hadapan gol. Defence je rasa lega dgn kepulangan rocking back four dan 2nd all-time goalkeeper, VDS.

Dgn bakal bertemu Man City yg baru merasa kekalahan pertama di bwh Mancini, kita perlu menang semi pertama midweek ni. Taknak cakap banyak, keep on menang.

Aku amek lagi kata2 pundit Cheras, "Loves winning, hates losing"


Gaya celebrate dah mcm star, harap this will be next assasin after Ole!

Saturday, January 16, 2010

Post-Qatar affect


Lepas seri melawan Birm dan kalah sebelum tu di tangan Leeds, semua player pergi berlatih di ASPIRE Qatar selama beberapa hari. Dapat gak lari dari kesejukan dan salji yg menebal. Apakah hasil yang boleh diperolehi dari trip tersebut? Adakah hanya menambah hutang, atau berjaya mengubah hala tuju kelab menjelang Mei ini?

Chelsea akan bermain serentak pada malam ini. Kedua2 akan berkubu di tempat sendiri, namun dgn rumah Biru belum pernah kalah di tempat sendiri, sukar utk menjangkakan Sunderland melakakukan upset disitu. Maka apa yg terbaik adalah utk mendapatkan tiga mata penuh dari tangan Burnley.

Burnley? wowowo. ini team pertama yang mengalahkan kelab ini utk musim 2009/2010. Seluruh dunia terkejut dgn keputusan itu sehingga tercetuslah krisis 'life after ronaldo pundek'.

Kesebelasan utama masih samar daripada perspektif ahli nujum. Tapi besar kemungkinan Kuschzak, Vida, Evans, Evra, Rafael, Antonio, Giggs, Fletcher, Park, Rooney, Owen.

Isu dalaman mungkin kita bincang lain kali. Especially kalau tak dpt 3 mata malam ni.

Harapan murni kami ialah hanya menang walaupun ugly win. Tapi headline esok mungkin lebih kepada Viera si dada berlendir beraksi sulung, atau Rafa dipecat atas kekalahan Stoke, atau Sunderland membelasah rumah Biru 3-0 di tempat sendiri.

Prediction: 2-0 (Giggs, Vidic)